Ramadhan yakin pertahan kubu Kedah

0
93
Advertisement



PENAMPILAN sulung penjaga gol, Ramadhan Abd Hamid pada aksi kemenangan 1-0 keatas Kelantan Jumaat lalu terus membakar semangatnya untuk meneruskan aksi terbaik buat Kedah pada perlawanan seterusnya jika terus diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih Nidzam Adzha Yusoff.

Turun beraksi menggantikan penjaga gol utama, Ifwat Akmal Che Kassim yang tidak beraksi susulan kecederaan, ‘keeper’ berasal dari Kota Bharu ini dilihat mampu memberi nafas baharu bagi mengisi watak penting penjaga gawang untuk skuad Lang Merah satu hari nanti.

“Alhamdulillah jurulatih Nidzam Adzha dan jurulatih penjaga gol Megat Amir Faisal memberi peluang kepada saya untuk beraksi pada perlawanan itu dimana lebih bermakna saya dapat membantu kemenangan dan kebangkitan Kedah pada penampilan pertama ini.”

“Memang terasa sedih sebab lawan dengan bekas pasukan saya yang tidak sampai sebulan berpisah tapi ini kerja saya..saya buat yang terbaik untuk pasukan ini. Alhamdulillah rezeki memihak kepada Kedah.”

Ditanya samada beliau bersedia untuk menggalas cabaran sebagai penjaga gol utama Kedah, Ramadhan berkata beliau hanya mahu fokus untuk memastikan kejayaan Kedah yang  menjadi keutamaan buat masa ini.

“Saya tidak harapkan menjadi penjaga gol utama buat masa terdekat memandangkan Kedah sudah mempunyai penjaga gawang utama, tapi saya harap selalu diberi peluang walaupun saya bukan pilihan utama.”

“Saya semakin serasi dengan pasukan malahan sudah mengenali secara dekat dengan beberapa pemain yang pernah beraksi bersama pada sejak dalam pasukan negara bawah 22 lalu dan ini memudahkan saya memahami corak serta menumpukan fokus saya terhadap permainan Kedah.”

Terdahulu, kemasukan Ramadhan ke dalam pasukan Kedah merupakan perancangan jangka panjang Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk pengaja gol dalam usaha  membantu pasukan Kedah meningkatkan lagi kejayaan pada musim ini dan akan datang.” 

Turun dengan  jersi bernombor 60 bagi baki musim ini, Ramadhan melengkapkan lagi barisan pemain Kedah FA dalam tempoh Jendela Perpindahan Pemain kedua Liga Malaysia yang sudah berakhir pada 3 Jun lalu.

Selain Ramadhan, Kedah turut menyenaraikan tiga penjaga gol iaitu Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim, Abdul Hadi Abdul Hamid dan Mohd Asri Muhammad, sejak awal musim 2018 ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here