Rampas 3 tan gading gajah

0
12


PIHAK berkuasa Vietnam merampas tiga tan gading gajah yang disembunyikan antara kotak buah-buahan. – Foto AFP

HANOI: Pihak berkuasa Vietnam merampas hampir tiga tan gading gajah yang disembunyikan antara kotak buah-buahan, kata pegawai hari ini.

Ia rampasan terbaru yang mengetengahkan peranan utama Vietnam dalam dagangan penyeludupan haiwan liar global.

Polis di wilayah tengah Thanh Hoa menerusi laporan di laman web berkata, mereka menemui 2.7 tan gading dalam kotak di belakang trak yang sedang dalam perjalanan ke bandar ini.

“Ini adalah rampasan terbesar penyeludupan gading pernah dilakukan di wilayah Thanh Hoa,” kata laporan itu.

Media tempatan berkata, gading itu berasal dari Afrika Selatan.

Pemandu trak mendakwa, dia tidak tahu jenis barang yang dibawanya, menurut laporan dalam akhbar kerajaan, Tuoi Tre. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here