Rampas buku propaganda Daish

0
164
Advertisement



Jakarta: Polis Indonesia semalam mendedahkan beberapa buku nota yang mengandungi propaganda Daish dengan sebahagian dipercayai digunakan kanak-kanak.

Ratusan buku nota itu dirampas polis dalam serbuan di rumah dua suspek yang menyerang dan menikam hingga mati seorang anggota polis di Medan pada 25 Jun lalu.

Di atas setiap helai buku nota itu dicetak satu kenyataan: “Anda semua wajib untuk pergi berperang.”

Pihak berkuasa percaya Daish mempunyai ramai penyokong di Indonesia dan bimbang kumpulan itu cuba bertapak di Asia Tenggara selepas tewas di Syria dan Iraq.

“Kami masih menyiasat siapa yang memberi dana untuk mencetak buku ini,” kata jurucakap polis, Rikwanto dalam satu sidang media.

Bahan itu dipamerkan di ibu pejabat polis di sini bersama satu senapang angin dan barangan lain yang dirampas dari rumah suspek.

Muka depan buku nota itu mempunyai wajah ketua Daish, Abu Bakr al-Baghdadi dan petikan kata-kata pemimpin militan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here