Rancangan komedi tempatan pertama di Asia Tenggara menerusi Netflix

0
116
Advertisement

KUALA LUMPUR: Peneraju utama perkhidmatan hiburan internet, Netflix, akan melancarkan rancangan komedi tempatan pertama dari Asia Tenggara menampilkan pelawak terkenal, Harith Iskandar pada 19 Jan ini.

Netflix menerusi kenyataan berkata rancangan ‘I Told You So’ yang bersiaran selama sejam itu menyentuh pelbagai topik termasuk kekeluargaan, pengalaman janggal pasangan sedang bercinta, sosial dan kebudayaan yang sering dialami masyarakat di Malaysia dan Singapura.

Ketua Rancangan Asli Antarabangsa – Asia Netflix Erika North berkata sejak dilancarkan pada 2016, pihaknya telah memperluaskan program rancangan antarabangsa dari Asia dan sedang menghasilkan rancangan original di lebih 15 negara serantau termasuk Jepun, Korea Selatan, India dan Thailand pada tahun ini.

“Kami berasa teruja kerana dapat mempersembahkan rancangan komedi istimewa Asia yang terbaharu kepada peminat selain memperkenalkan bakat terhebat tempatan seperti Harith kepada penonton kami di seluruh dunia.

“Kami mempunyai kepercayaan penuh pada pencerita dan cerita-cerita menarik yang merentasi sempadan dengan memberikan mereka kebebasan untuk berkarya dan menyediakan sebuah platform bagi mempersembahkan hasil karya itu,” katanya.

Selain Harith, Netflix turut menampilkan persembahan pelawak dari Singapura, Fakkah Fuzz serta pelawak Malaysia Kavin Jay masing-masing menerusi rancangan ‘Almost Banned’ dan ‘Everybody Calm Down!’ pada 26 Jan dan 2 Feb depan.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here