Ranking FIFA Malaysia terburuk dalam sejarah

Ranking Malaysia dalam FIFA jatuh lagi ke tahap terburuk dalam sejarah bola sepak negara. Malaysia mendapat tempat ke 174 ( 7 April 2016 ) daripada 209 buah negara menerusi ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa itu.
Pada awal tahun ini Malaysia berada pada kedudukan 172 sebelum naik lima anak tangga menjadikan ranking 166 pada bulan Mac lepas. Walaubagaimanapun, ranking Malaysia kembali jatuh berikutan kekalahan 2 gol berbalas 0 menentang Arab Saudi tempoh hari pada kelayakan piala dunia 2018/ Piala Asia 2019. Keputusan seri dan tanpa jaringan menentang Macau (ranking 190) baru baru ini juga menjadi faktor kejatuhan ranking Malaysia.
Pasukan bola sepak Malaysia kini mempunyai ranking sebaris dengan negara yang tidak mempunyai kemudahan bola sepak yang lengkap di negara mereka seperti Samoa (170),  Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179)
Malaysia mencatat ranking terbaik pada tahun 1995 iaitu pada kedudukan ke 75. Negara jiran Filipina yang juga merupakan tuan rumah bersama Piala AFF Suzuki 2016 menunjukkan peningkatan ketara dengan melonjak 19 anak tangga menjadikan kedudukan mereka sekarang di tangga ke 116 dunia.

Leave a Comment