Rasa gembira Yuna bakal jadi sebahagian besar keluarga kami – Ashraf Sinclair

0
27

Pelakon Malaysia yang menempa nama di Indonesia, Ashraf Sinclair meluahkan rasa gembira dengan pertunangan adiknya, Adam Sinclair bersama penyanyi, Yuna.
 
“Yuna merupakan seorang wanita yang sangat hebat, kreatif dan bijak. Saya rasa gembira kerana Yuna bakal menjadi sebahagian besar keluarga kami.
 
“Nasihat untuk Adam? Tiada, lagipun ada ke adik mahu dengar cakap abang?” katanya ketawa.
 
Ashraf ditemui Astro Gempak selepas sidang media drama mini bersiri berjudul Do[s]a, di Jakarta, Indonesia pada Sabtu.
 

Dalam pada itu, bercerita mengenai Adam, Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair berkata dia hanya mengharapkan mereka adik-beradik sentiasa menghubungi antara satu sama lain.
 
“Alhamdulillah, saya rasa kelaurga saya membesarkan kami adik-beradik dengan baik. Saya bersyukur Adam dah temui cinta hatinya.
 
“Cuma saya berharap kami akan sentiasa berhubung antara satu sama lain sebab masing-masing duduk jauh.
 
“Kadang-kadang saya sangat rindukan Aishah dan Adam. Walaupun lama tak jumpa, selagi kami berhubung, rasa rindu itu sedikit sebanyak terubat juga.
 
“Mahunya tidak rindu, saya sudah menetap di Indonesia hampir 10 tahun, jadi ada juga masanya teringat gelagat adik-adik saya,” ujarnya.
 
Dalam perkembangan terbaru, Ashraf bakal muncul dengan drama mini bersiri Do[s]a yang tidak lama lagi.
 
Selain Ashraf, pelakon yang turut membintangi drama mini siri Do[s]a ialah Datuk M.Nasir, Remy Ishak, Hisham Hamid, Reuben Elishama, Shenthy Feliziana (bekas pengacara HLive!) dan ramai lagi.
 
Do[s]a diarahkan pemenang Anugerah Pengarah Terbaik Citra Award, Indonesia, Ifa Isfansyah.
 
Teks oleh: Mya Amri
 
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here