'Rasa sayang itu sudah hilang apabila ayah buat begini'

0
73



PROGRAM ‘Syah Kaki Lima’ membawakan kisah seorang wanita bersama tiga anaknya yang terpaksa menumpang ihsan sebuah klinik swasta di Johor Bahru untuk berteduh.

Semuanya gara-gara keluarga ini ditinggalkan oleh ketua keluarga yang bernama suami dan ayah, tanpa khabar berita.

Dibenarkan menumpang sementara di dalam sebuah bilik kosong premis itu, si ibu menampung kehidupan harian mereka sekeluarga dengan mengambil upah sebagai pembantu kedai di sebuah restoran berhampiran.

Pengacara program, Syah Hairizal Kamalul Arifin, mengikuti jejak langkah salah seorang anaknya ke sekolah pada suatu pagi, dan dalam perjalanan tersebut, si kecil itu meluahkan sesuatu yang selama ini ditanggungnya.

Dia meluahkan perasaan tentang kehidupannya, tentang ayahnya, dan tentang masa depan mereka sekeluarga.

Ikuti kisah keluarga ini dalam video berikut:
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here