Rasai pengalaman meneroka Hogwarts menerusi Pottermore

0
44

BERITA baik buat peminat Harry Potter, mereka kini boleh merasai sendiri pengalaman berada di sekolah sihir terkenal, Hogwarts.

Portal Pottermore milik J.K. Rowling melancarkan pengalaman realiti maya 360 darjah yang membolehkan pelawat meneroka bukan sahaja sekolah sihir terkenal itu, malah padang Quidditch dan juga Forbidden Forest.

Kemudahan ini disediakan secara percuma kepada semua pengguna Pottermore yang berdaftar dan ia juga tersedia di kebanyakan peranti termasuk telefon pintar, tablet dan komputer peribadi.

Laman web tersebut turut menyatakan 1 September 2017 sebagai tarikh sebenar epilog “Sembilan Belas Tahun” dalam Deathly Hallows yang menggambarkan Harry, Ron dan Hermione menghantar anak-anak mereka di stesen kereta api sebelum berlepas ke Hogwarts.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here