"Rasanya saya kena mandi bunga" – Reaksi Kamal Adli selepas kemalangan

0
22

PELAKON Kamal Adli berdepan detik cemas pada Sabtu lalu apabila kereta yang dipandunya hampir terbabas selepas melanggar sebuah tayar treler di sekitar Nilai, Negeri Sembilan ketika melalui Lebuhraya Utara Selatan.

Kamal, 31, ketika itu dalam perjalanan dari Melaka selepas tamat penggambaran filem Escape untuk pulang ke Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, saya tidak cedera cuma sedikit terkejut susulan kejadian yang berlaku.

“Kejadian itu berlaku sangat pantas dan saya tidak sempat mengelak tayar sebuah treler yang lengkap dengan rim tiba-tiba jatuh bergolek di tengah-tengah jalan.

“Jadi, bahagian hadapan kereta saya rosak teruk kerana hentaman yang kuat.

“Pada malam itu juga saya terus membuat laporan polis dan difahamkan selain saya ada juga beberapa buah kenderaan lain yang mengalami kes serupa.

BACA JUGA: “Ikhlas itu awak, buruk itu saya” – Kamal Adli luah rasa terharu terhadap Emma

“Apapun, saya terima semuanya dengan reda. Rasanya selepas ini saya kena mandi bunga,” selorohnya kepada Astro Gempak.

Kamal yang baru dinobatkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017 itu juga dilaporkan baru kehilangan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Aprilla Shiver beberapa bulan lalu.

Malah, Kamal juga diuji dengan kisah cintanya dengan Emma Maembong yang turut membabitkan pelakon Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @kamaladli, Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here