Rasuah: Bekas perdana menteri Bangladesh meringkuk lima tahun di penjara

0
131
Advertisement

DHAKA: Bekas perdana menteri Bangladesh Khaleda Zia dipenjara lima tahun selepas didapati bersalah atas dakwaan rasuah.

Sabitan ini bermakna Khaleda yang merupakan seteru perdana menteri ketika ini, mungkin dilarang daripada bertanding dalam pilihan raya umum.

Peguam Khaleda Mahbub Uddin Kokhon bagaimanapun memaklumkan anak guamnya akan merayu hukuman berkenaan.

Khaleda didakwa menggelapkan wang derma AS$250,000 dari dana anak yatim yang diwujudkan ketika beliau menjadi perdana menteri dari 2001 ke 2006.

Selain Khaleda, Hakim Mohammed Akhtaruzzaman turut menjatuhkan hukuman sepuluh tahun penjara ke atas anak Khaleda, Tarique Rahman dan empat yang lain atas penglibatan dalam jenayah itu.

Kesemua mereka akan mengemukakan rayuan dalam tempoh terdekat.

Perlembagaan menetapkan individu yang menjalani hukuman penjara tidak lebih dua tahun tidak boleh bertanding dalam pilihan raya bagi tempoh lima tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here