Rasuah RM2,424, Marwa digantung seumur hidup

0
330
Advertisement



KAHERAH (Mesir): Pembantu pengadil dari Kenya yang sepatutnya bertugas sebagai penjaga garisan pada Piala Dunia di Russia dikenakan penggantungan seumur hidup selepas didapati bersalah menerima suapan rasuah.

Tindakan Marwa Range yang dirakam menerima rasuah AS$600 (RM2,424) ketika Kejuaraan Negara-Negara Afrika di Maghribi pada Januari adalah salah seorang daripada 22 pengadil yang mendapat pengiktirafan daripada Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Rage yang juga pengadil simpanan bagi final Piala Dunia 2014 di Brazil, terdahulu sudah digugurkan daripada senarai pegawai yang akan ke Russia.

Penggantungan seumur hidup itu diputuskan lembaga disiplin CAF yang juga menggantung 10 lagi pengadil yang dikenakan hukuman antara dua hingga 10 tahun atas kesalahan yang sama.

Sebanyak 11 lagi kes yang sama akan didengar oleh lembaga itu pada bulan hadapan.

Bola sepak Afrika sudah lama terpalit dengan dakwaan rasuah tetapi CAF sebelum ini tidak pernah menjatuhkan hukuman terhadap pegawai secara besar-besaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 2:00 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here