Ratusan maut dalam banjir lumpur di Sierra Leone

0
26

FREETOWN: Ratusan orang dikhuatiri mait dalam bencana banjir lumpur pada Isnin di pinggir ibu negara Sierra Leone, kata Naib Presiden Victor Foh.

“Ratusan nangsa dikhuatiri tertimbus dalam tanah dan lumpur. Bencana ini sangat serius hingga membuatkan saya berasa sagat sedih.

“Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mengawal kawasan dan memindahkan penduduk,” ujar Foh kepada Reuters di lokasi tragedi tersebut di Regent, iaitu sebuah bandar pergunungan.

Lebih menyedihkan, mangsa yang terkorban dijangka meningkat memandangkan terdapat banya bangunan haram dibina di kawasan itu.

Sementara itu, penduduk setempat yang terkesan dengan bencana itu meratapi kemusnahan kawasan kediaman mereka dalam hujan.

Banjir lumpur dan banjir adalah sesuatu yang biasa terjadi sewaktu musim hujan di Afrika Barat, dan ia ada kaitan dengan aktiviti pembalakan dan perancangan bandar yang lemah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here