Rayani Air Umum Operasi digantung Sementara

Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia mengumumkan operasi diberhentikan sementara berkuatkuasa serta merta.

rayani air berhenti operasi

 Ravi Alagendrran, pemilik syarikat tersebut memberitahu penggantungan operasi tersebut dikuatkuasa serta merta sehingga tempoh yang akan diberitahu semula. Ini membolehkan mereka meneliti semula rancangan penstrukturan perkhidmatan mereka.

“Kami akan menyambung semula operasi seperti biasa setelah penstrukturan selesai dijalankan” tambahnya lagi.

Pemilik syarikat tersebut juga mendakwa terpaksa menghentikan penerbangan sebelum ini ekoran dari mogok yang dilakukan juruterbang Rayani Air setelah pengumuman ini dibuat.

Situasi menjadi lebih tegang apabila penumpang melahirkan rasa tidak puas hati kerana mereka hanya diberitahu tentang pembatalan penerbangan beberapa jam sebelum masa sebenar yang telah dijadualkan.

Sekurang-kurangnya tiga penerbangan dari Kuala Lumpur ( ke Langkawi, Kota Kinabalu & Kuching) dibatalkan pada hari Jumaat lepas.

– IsuSemasa.

Leave a Comment