Rekaan lebih bergaya

0
18



Hadir dalam tiga varian dengan dua pilihan enjin menjadi taruhan terbaik untuk Hyundai Elantra serba baru yang dilancarkan Jun lalu dalam pasaran tempatan.

Model generasi ke-6 itu kini lebih bergaya daripada sudut rekaan luaran serta dalaman termasuk ciri terkini antara terbaik dalam kelasnya.

Ia juga mencatatkan sebagai antara 10 kereta paling laris di dunia dengan lebih 10 juta unit terjual sejak diperkenalkan pada 1990.

Untuk enjin 2.0 liter ada varian Executive dan Dynamic boleh dipilih serta Sport menawarkan enjin 1.6 liter T-GDI pengecas turbo diberi penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) untuk mereka yang gemarkan gaya dan prestasi.

Pengarah Urusan Hyundai Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM), Lau Yit Mun berkata, Elantra serba baru ini bukan sekadar rekaan malah semua ciri terkini turut dipasang menerima sambutan baik daripada pengguna.

“Bahagian dalaman lebih luas dan selesa serta kokpit ergonomik untuk kemudahan pemandu antara perincian dihasilkan daripada rekaan A-Pillar baru,” katanya.

Bahagian luaran lebih bergaya dengan gril hadapan berbentuk heksagon menyerlah dengan lampu hadapan serta lampu nyalaan siang (DRL) LED untuk gaya lebih agresif dan bampar belakang sporty.

Rekaan sisi Elantra serba baru ini juga kelihatan umpama sebuah model Coupe dengan profil aerodinamik untuk aliran angin yang inovatif.

Kerangka daripada Keluli Ketahanan Tinggi termaju lebih 32 peratus daripada model sebelumnya meningkatkan kekukuhan dan lenturan bagi kawalan, kesenyapan, tahan lama serta prestasi pemanduan lebih baik.

Ciri keselamatan terbaik seperti enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik, Pengurusan Kestabilan Kenderaan, Kawalan Cengkaman dan Brek Anti-Kunci serta tambahan beberapa teknologi seperti Pengesan Titik Buta dan Sistem Kawalan Tekanan Tayar.

Tujuh pilihan warna ditawarkan iaitu Putih Polar, Hitam Phantom, Iron Grey, Perak Platinum, Biru Marina, Kuning Blazing dan Merah Fiery.

Harga Elantra bermula daripada RM116,388 (2.0 MPI Executive), RM120,588 (2.0 MPI Dynamic) dan RM131,488 (Elantra Sport) (harga atas jalan tanpa insurans) dengan waranti lima tahun atau 150,000km yang mana lebih awal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here