Remaja 18 tahun ajak Fasha kahwin

0
392
Advertisement



“TERIMA kasih sebab ada keinginan nak kahwin dengan kakak yang dah tak berapa muda ini,” kata aktres popular, Fasha Sandha mengenai komen seorang pengikut di akaun Instagram yang secara terbuka melamarnya untuk berkahwin.

Lebih mengejutkan, jejaka yang ingin memperisterikannya itu baru berusia 18 tahun.

Fasha bagaimanapun menolak lamaran remaja itu dengan baik dan menasihati agar dia memberi tumpuan terhadap pelajaran.

“Adik… baru 18, jangan la ajak kakak kahwin. Belajar dulu OK. Tolong keluarga awak dulu,” katanya.

Sementara itu, pelakon Aidil Aziz yang kini sedang berkawan rapat dengan Fasha turut meninggalkan komen pada gambar yang dimuat naik Fasha Jumaat lalu.

Menerusi gambar terbabit Aidil berkata, dia ada di dalam hati aktres itu selepas Fasha meninggalkan komen di mana anda ‘sayang’.

“Im in your heart @fashasandha,” tulisnya.

Terdahulu, seorang remaja meluahkan hasrat menjadikan Fasha sebagai isteri hingga ia menjadi perbualan hangat pengikutnya di Instagram apabila mendapat 42 komen dan 153 likes pada komen yang ditinggalkan remaja berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here