Remaja hadapi 15 tuduhan serangan asid

0
54


PASUKAN keselamatan berada di lokasi serangan asid di persimpangan simpang Jalan Hackney dengan Queensbridge Road, London, Britain pada 13 Julai lalu. – Foto REUTERS

LONDON: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa dengan 15 tuduhan susulan lima kes serangan asid di ibu negara Britain, dua hari sebelum ini.

Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan berkata, tuduhan termasuk menyebabkan kecederaan serius, memiliki bahan kimia berbahaya dan rompakan.

Remaja itu dijangka dibawa ke Mahkamah Remaja Stratford esok, katanya.

Jumaat lalu, polis Britain menahan dua remaja susulan lima serangan asid terhadap penunggang motosikal dalam tempoh 90 minit di seluruh kawasan timur London, Khamis lalu.

Beberapa mangsa melecur di muka termasuk seorang mangsa yang mengalami kecederaan serius.

Polis berkata, siasatan kes itu masih dijalankan. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here