Rempuhan perlawanan bola sepak di Honduras: Empat terbunuh, 25 cedera

0
56



TEGUCIGALPA: Ratusan peminat merempuh dan memecahkan penghadang padang ketika perlawanan akhir bola sepak kebangsaan di Honduras menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 25 yang lain cedera.

Menurut jurucakap hospital universiti, Miguel Osorio, kejadian yang berlaku pada Ahad itu turut menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak yang hadir.

Pegawai bomba Honduras, Capitan Oscar Triminio berkata 25 orang cedera dalam rempuhan yang berlaku sebelum bermulanya perlawanan di Stadium Nasional antara pasukan Motagua dan Honduras Progreso.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here