Restoran pertama di Pakistan guna khidmat robot

0
36



Multan: Sebuah restoran pizza di sini menjadi yang pertama menggunakan khidmat pelayan robot di Pakistan.

Rabia, Annie dan Jennie ditugaskan menyambut pelanggan dan menghantar pesanan kepada mereka di Pizza.com – tempat pemiliknya Osama Jafari yang membangunkan sendiri robot prototaip itu berkata, sambutan terhadap perniagaan barunya itu mendapat sambutan menggalakkan.

“Kami pergi ke banyak tempat tetapi bapa saudara saya mengesyorkan restoran ini kerana yakin ia paling menakjubkan. Saya gembira dilayan robot,” kata seorang pelanggan, Osama Ahmed, 12.

Seorang lagi pelanggan, Hamid Bashir menyambut baik penggunaan robot itu dan menyifatkannya sebagai pembaharuan pintar.

Menurut Osama, dia terdorong menggunakan robot sebagai pelayan selepas menyaksikan video mengenai penggunaan pelayan robot di China

Osama, 24, yang belajar di Universiti Kebangsaan Sains dan Teknologi Islamabad berkata, dia mula membuat prototaip itu dengan bantuan dan sokongan ibu bapanya.

Menurutnya, dia menggunakan semua bahan tempatan untuk membuat robot itu dengan harga 600,000 rupi (RM24,350). – AFP

SHARE
Previous articleBeca kena rasuk
Next articleBelum selesai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here