Rezeki Ramadan

0
61



Setiap selebriti ada naik turunnya dalam kerjaya mereka. Bagi pelakon dan pengacara, Mira Filzah, dia sendiri mengakui tahun ini adalah tahun yang agak perlahan bagi kerjaya seninya.

“Saya akui, kerjaya saya agak perlahan pada tahun ini. Apa yang boleh saya katakan, ia bergantung kepada tuah seseorang, selain usaha,” katanya.

Menurut Mira, tuah yang dimaksudkannya berkaitan waktu dan masa tayangan sesuatu karya.

“Kalau saya banyak berlakon dan muncul dalam drama pun, tapi waktu tayangannya tidak kena, orang takkan nampak juga.

“Tuah itu maksud saya adalah waktu tayangan contohnya pada akhir tahun, awal tahun atau tayangan pada waktu perdana yang sememangnya ada ramai penonton,” katanya.

Ditanya sama ada dia memilih slot tayangan sesuatu drama, Mira ada jawapannya.

“Apa juga tawaran berlakon yang saya terima, saya tidak memilih mengikut slot tayangan, tetapi saya melihat karakter yang ditawarkan itu.

Kalau drama itu untuk tayangan di laman web atau portal pun saya tidak ada masalah untuk terima kalau karakter itu menarik,” katanya.

Ditanya mengenai aktivitinya sepanjang Ramadan, Mira memberitahu dia banyak terbabit dalam aktiviti bersama TV3 dan TV9.

“Tahun ini, rezeki saya apabila dipilih menjadi duta Terima Kasih Ramadan untuk TV3 dan TV9. Jadi, insya-Allah, saya akan terbabit dalam banyak aktiviti bersama mereka sepanjang Ramadan ini,” katanya.

Mira juga yang baru melancarkan koleksi baru selendangnya, MF Shawls turut sibuk dengan promosi produknya itu.

“Jenama ini saya tubuhkan sejak setahun lalu dan untuk koleksi terbaru, saya keluarkan banyak koleksi eksklusif dengan rekaan identiti lukisan tangan dan warna air.

“Insya-Allah, produk ini tidak mudah ditiru kerana ia dilukis menggunakan tangan dan jumlah unitnya juga agak terhad,” katanya.

Terbaru, Mira kini menjalani penggambaran drama Meh Sandar Pada Aku Raya dan Jula Juli Bintang Cinta.

“Meh Sandar Pada Aku Raya disiarkan 12 episod di laman web Tonton. Rating drama Meh Sandar Pada Aku sebelum ini sangat menggalakkan dan kerana itu ia diteruskan untuk versi raya.

“Jula Juli Bintang Cinta pula adalah telefilem yang disiarkan di Astro Citra. Selain drama, saya juga muncul sebagai pengacara program Mahligai Cinta, selepas Aidilfitri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here