RHB Bank umum perubahan dalam lembaga pengarah

0
176
Advertisement

KUALA LUMPUR: RHB Bank mengumumkan perletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif, berkuat kuasa 1 Julai 2017.

Menurut RHB Bank dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, perletakan jawatan tersebut adalah ekoran daripada pelantikan eksekutif beliau sebagai Naib Presiden (Pemasaran) Petronas pada 1 Julai.

Syed Zainal turut meletak jawatannya sebagai ahli jawatankuasa pelantikan dan jawatan kuasa audit, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Sementara itu, Ong Ai Lin akan dilantik sebagai pengarah bebas, berkuat kuasa Sabtu.

Beliau adalah pengarah kanan PricewaterhouseCoopers Malaysia sejak Julai 2016 hingga Disember 2016.

Ong juga akan dilantik sebagai ahli jawatankuasa audit dan jawatan kuasa pelantikan RHB Bank, mulai 1 Julai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here