RHB dan Ambank bakal bergabung?

0
50

KUALA LUMPUR: RHB dan Ambank telah memohon secara berasingan kepada Bursa Malaysia untuk menggantung dagangan saham mereka pada 1 Jun 2017.

Kedua-dua permohonan dari RHB dan Ambank telah diluluskan oleh Bursa Malaysia pada hari yang sama.

Penganalisis industri menjangka, langkah ini diambil untuk kedua-dua bank memulakan rundingan untuk bergabung.

Berdasarkan data dari Bloomberg, RHB dan Ambank masing-masing merupakan bank kelima dan ketujuh terbesar di Malaysia berdasarkan permodalan pasaran.

Jika kedua-dua bank tersebut bergabung, ia bakal membentuk bank keempat terbesar di Malaysia dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak kira-kira RM37 billion, selepas Maybank, Public Bank dan CIMB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here