RHB lantik ketua ekonomi baharu kumpulan

0
24
Advertisement

KUALA LUMPUR: RHB Banking Group melantik Dr Arup Raha sebagai Ketua Ekonomi dan Ketua Penyelidikannya, menggantikan Lim Chee Sing yang bersara pada Jun tahun lepas.

Sebelum menyertai RHB, Arup merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Ekonomi CIMB Group, serta Ketua Ekonomi bagi CIMB ASEAN Research Institute dan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan bagi ekonomi dan pasaran kewangan Asia.

“Pelantikan Arup akan mengukuhkan lagi keupayaan pasukan penyelidikan kami dan menjadikan RHB Research sebagai francais penyelidikan utama di rantau ASEAN,” kata Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli dalam satu kenyataan hari ini.

Arup, yang berpangkalan di Singapura akan menyelia pasukan ekonomi serantau dan mengetuai penyelidikan dalam semua bidang ekonomi yang termasuk ekuiti, pendapatan tetap dan mata wang asing.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here