Ribuan pekerja asing di Thailand pulang ke negara asal

0
16


BANGKOK: Puluhan ribu pekerja asing, kebanyakannya dari Myanmar, melarikan diri dari Thailand selepas peraturan baharu buruh diperkenalkan kerajaan junta, kata pegawai imigresen, hari ini.

Kumpulan industri berkata, kepulangan besar-besaran pekerja asing itu menjejaskan sesetengah syarikat yang bergantung kepada tenaga kerja pendatang dari negara jiran yang miskin itu daripada sektor pembinaan hinggalah industri makanan laut yang bernilai berbilion dolar.

Naib Presiden Persekutuan Majikan Thailand, Tanit Sorat berkata, sektor swasta kini berada dalam kejutan.

“Ini adalah pekerjaan yang mana rakyat Thailand sendiri enggan lakukan, justeru jika ada kekurangan tenaga buruh, perniagaan tidak dapat berjalan,” katanya.

Thailand memiliki lebih tiga juta pekerja asing, kata Pertubuhan Migrasi Antarabangsa, namun kumpulan hak asasi meletakkan angka itu lebih tinggi.

Sejak mengambil alih kuasa dalam rampasan 2014, pemerintah junta Thailand mencapai pelbagai kejayaan dalam kempen mengawal selia pekerja asing, sebahagiannya didorong laporan media.

Pegawai Biro Imigresen berkata, kira-kira 60,000 pekerja pulang antara 23 hingga 28 Jun lalu dan jumlahnya terus meningkat sejak itu.

“Mereka terdiri daripada rakyat pelbagai negara, namun kumpulan terbesar adalah dari Myanmar. Mereka kemungkinan amat takut,” kata Timbalan Pesuruhjaya Pornchai Kuntee.

Susulan kepungan besar-besaran itu, Thailand Jumaat lalu menjanjikan penangguhan 120 hari dalam menguatkuasakan sebahagian daripada peraturan baharu itu, termasuk denda sehingga 800,000 baht (RM101,343) terhadap majikan yang menggaji pekerja asing tidak berdaftar dan tanpa permit. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here