Ribut landa Muktamar Pas, sekurang-kurangnya 18 cedera

0
346
Advertisement



PENDANG: Sekurang-kurangnya 18 cedera dalam insiden ribut yang berlaku pada hari pertama Muktamar Pas Pusat di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut dekat sini kira-kira jam 7 malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, 13 mangsa dibawa ke hospital manakala lima lagi dirawat di tempat kejadian.

Dua daripada mangsa juga patah kaki.

Muktamar yang berlangsung hari ini bertukar kecoh apabila ribut mengakibatkan beberapa khemah diterbangkan angin sejauh beberapa meter dan merosakkan gerai di sekitar pekarangan kompleks.

Lokasi kejadian tidak boleh dilawati orang ramai ketika ini susulan pemeriksaan keselamatan oleh Jabatan Bomba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here