Ringgit dibuka tidak berubah berbanding Dolar AS

0
393
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini selepas mengukuh semalam berikutan pemulihan minat terhadap risiko global, kata seorang peniaga.

Pada 9.04 pagi ini, ringgit disebut pada 3.9780/9810 berbanding 3.9780/9820 sewaktu ditutup semalam.

Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata pasaran bon Malaysia mencatat perkembangan menggalakkan turut memberi kesan terhadap ringgit selepas susut sebelum ini.

“Namun, ia tidak mencetuskan minat secara ketara baik di peringkat tempatan serta asing. Memandangkan dagangan ringgit amat sensitif terhadap sentimen risiko global, kita menjangkakan bahawa dolar AS akan lebih rendah berbanding ringgit dengan sokongan hanya sekurang-kurangnya sewaktu sesi (dagangan) Asia,” katanya.

Menurut Innes, walaupun kalangan peniaga maklum mengenai ikrar kerajaan memenuhi sasaran defisitnya, apa yang lebih diutamakan kalangan peniaga asing khususnya adalah sejauh mana tindakan itu mampu membuahkan hasil.

Selain itu, ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kelompok mata wang lain.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2860/2907 daripada 5.3059/3116 dan tinggi berbanding euro pada 4.6515/6562 daripada 4.6551/6505 pada Khamis.

Ia turut tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9720/9753 daripada 2.9749/9785 dan meningkat berbanding yen kepada 3.6512/6550 daripada 3.6542/6589, semalam. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here