Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS

0
246
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan sentimen pasaran berhati-hati di samping Bank Negara Malaysia dijadual mengumumkan prestasi ekonomi suku pertama 2018 hari ini, kata peniaga.

Setakat 9 pagi, unit tempatan disebut pada 3.9650/9710 berbanding dolar AS daripada 3.9650/9700 yang dicatatkan pada Rabu.

Peniaga berkata sebilangan pelabur kekal tidak memasuki pasaran bagi menunggu pengumuman bank pusat manakala sentimen pasaran bagi peringkat tempatan juga lengang selain minat lebih tinggi terhadap dolar AS susulan kenaikan hasil Perbendaharaan AS.

“Saya menjangkakan dolar AS berbanding ringgit akan meningkat lebih tinggi dalam jangka pendek sejajar dengan dolar AS berbanding kumpulan mata wang Asia yang lebih luas,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen.

Nota tempatan diniagakan tinggi berbanding yen kepada 3.5931/5989 daripada 3.5993/6042 pada Rabu.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9583/9643 daripada 2.9530/9569 semalam dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.3698/3795 daripada 5.3416/3500.

Mata wang tempatan juga turun berbanding euro kepada 4.6827/6913 daripada 4.6811/6886 yang direkodkan semalam.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here