Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, empat hari berturut-turut

0
30

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum meningkatnya yang kukuh berbanding dolar AS untuk hari keempat berturut-turut minggu ini, mencerminkan keputusan oleh Bank Negara Malaysia yang mengekalkan kadar faedah utama tidak berubah.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan diniagakan 160 mata asas lebih baik kepada 4.1890/1920 berbanding dolar US daripada 4.2050/2080 pada Khamis.

Bank pusat mengekalkan kadar dasar semalaman tidak berubah pada tiga peratus pada mesyuaratnya semalam.

Ringgit, bagaimanapun, diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0831/0864 daripada 3.0878/0905 pada Khamis dan naik berbanding yen kepada 3.6960/6996 daripada 3.7058/7088 semalam.

Berbanding pound British, ringgit susut kepada 5.5081/5125 daripada 5.5060/5112 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.8810/8858 daripada 4.8782/8830 pada Khamis.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here