Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US

0
105
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan minat belian baharu bagi unit tempatan, susulan berita mengenai keputusan AS untuk mengenakan tarif ke atas aluminium dan keluli terus kekal di pasaran, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan disebut pada 3.8990/9040 berbanding dolar US daripada 3.9050/9080 pada Isnin.

Ketua Perdagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes berkata selain itu, harga minyak yang lebih tinggi berikutan laporan mengenai penurunan inventori minyak mentah di kemudahan penyimpanan US Cushing Oklahoma, turut menyokong ringgit.

Penanda aras minyak mentah Brent diniagakan 0.32 peratus lebih tinggi kepada US$65.75 setong.

Di peringkat tempatan, Innes berkata Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan dasar kadar faedahnya yang stabil minggu ini, dengan keutamaan bank pusat kepada ringgit yang lebih kukuh sebagai elemen untuk mengetatkan keadaan monetari, dan ekonomi terus bertambah baik sepanjang 2018.

“Secara keseluruhannya, kenyataan BNM akan memberi manfaat kepada ekonomi dan menyokong pasaran bon.

“Bagaimanapun, berdasarkan mata wang semasa yang lemah di pasaran serantau, ia dijangka kurang menggalakkan,” kata Innes.

BNM akan mengadakan Mesyuarat Dasar Monetarinya pada Rabu.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9614/9654 daripada 2.9588/9617 pada Isnin dan merosot berbanding pound British kepada 5.4028/4106 daripada 5.3944/3001.

Ia turun berbanding euro kepada 4.8164/8238 daripada 4.8110/8162 dan lemah berbanding yen kepada 3.6679/6740 daripada 3.6983/6022.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here