Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

0
14

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika mata wang asing itu terus berada pada paras hampir dua bulan terendah, menjelang pengumuman mengenai pelan reformasi cukai dan pengesahan pengerusi baharu Rizab Persekutuan.

Pada jam 6 petang, unit tempatan itu ditutup pada 4.1010/1050 berbanding 4.1130/1160 bagi setiap dolar AS pada Isnin.

Peniaga berhati-hati untuk membuat permintaan ke atas dolar AS dan beralih kepada mata wang lain, termasuk ringgit.

“Calon untuk pengerusi baharu, Jerome Powell, dilihat oleh pelabur sebagai seseorang yang suka meneruskan dasar sebelumnya, oleh itu mereka tidak menjangka sebarang perubahan.

“Bagaimanapun, kebimbangan mengenai kelewatan dalam pelaksanaan pengurangan cukai dilihat memberi tekanan ke atas dolar dan berikutan itu kami meramalkan ringgit akan mendapat manfaat daripada keadaan ini,” katanya.

Sementara itu, berbanding beberapa mata wang utama lain, ringgit ditutup lebih tinggi.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0493/0527 daripada 3.0559/0593 pada Isnin dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8761/8825 daripada 4.9064/9112 semalam.

Ia menambah berbanding pound Britain kepada 5.4556/4621 daripada 5.4900/4944 semalam dan menokok berbanding yen kepada 3.6866/6906 daripada 3.6961/6998 pada Isnin.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here