Ringgit rendah berbanding dolar US, mata wang utama lain

0
108
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US dan mata wang utama lain.

Sehingga pada 9.00 pagi, unit tempatan disebut pada 3.9850/9880 berbanding dolar US daripada 3.9480/9530 semasa ditutup pada Selasa.

Hari ini merupakan hari pertama dagangan bagi ringgit selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Rabu lepas, yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu, kata peniaga.

Pasaran ditutup pada Rabu sempena hari pengundian, diikuti dua hari cuti umum selepas kemenangan PH.

“Perhatian akan tertumpu kepada pasaran dalam negara Malaysia pagi ini selepas gabungan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencetuskan penampan dan menguatkuasakan tempoh bertenang bagi pasaran tunai dengan mengumumkan dua hari cuti umum,” kata Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes dalam nota hari ini.

Beliau juga berkata ringgit Malaysia dapat menyaksikan peniaga dalam reaksi sementara pasaran tunai yang bersedia untuk mengukuhkan pandangan jangka panjang berdasarkan kepada prestasi ekonomi dalam negara yang kukuh, faktor luaran yang tinggi dan sudah tentu, harga minyak yang lebih tinggi.

Sementara itu, Dr Mahathir memberi jaminan bahawa beliau akan berusaha untuk menjadikan ringgit sekukuh yang mungkin.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9893/9929 daripada 2.9498/9540 dan susut berbanding yen kepada 3.6466/6503 daripada 3.6250/6299.

Mata wang tempatan berkurangan berbanding pound British kepada 5.4053/4113 daripada 5.3353/3437 dan rendah berbanding euro kepada 4.7673/7716 daripada 4.6898/6962.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here