Ringgit tinggi berbanding dolar US

0
142
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar US pagi ini selepas penyusutan sepanjang minggu lepas disebabkan faktor luaran.

Pada 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.0970/1020 berbanding dolar daripada 4.1050/1080 pada penutupan Jumaat lepas.

Seorang peniaga berkata ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Turki serta AS dan China yang kembali tenang, telah meningkatkan keyakinan pelabur.

“Keadaan kembali reda di Turki selain mesyuarat yang dijadualkan antara Presiden Donald Trump dan pemimpin China Xi Jinping pada November bagi membincangkan mengenai ketegangan perdagangan AS-China yang semakin meningkat, diterima baik oleh para pelabur,” katanya.

Sementara itu, ringgit merosot berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ia rendah berbanding pound British kepada 5.2196/2280 daripada 5.2150/2204 pada Jumaat dan lebih rendah berbanding euro pada 4.6837/6910 daripada 4.6723/6765.

Unit tempatan mengukuh berbanding yen kepada 3.7070/7126 daripada 3.7129/7173 tetapi merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9879/9922 daripada 2.9842/9868.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here