Rita Rudaini tidak mahu berlakon dengan hero muda

0
53
Advertisement

PELAKON Rita Rudaini mengakui dia lebih cerewet memilih pelakon lelaki yang akan digandingkan bersama dalam sesebuah drama lakonannya.

Tindakan itu jelas Rita bagi mengelak persepsi liar penonton yang boleh menjejaskan karier lakonannya serta menghindari perasaan kekok ketika berlakon.

“Saya memang perlu cerewet untuk memilih pelakon lelaki yang akan digandingkan bersama saya jika ditawarkan untuk melakonkan watak utama sesebuah drama atau filem.

“Perbezaan usia yang ketara mesti akan membuatkan keserasian kami terganggu. Rasa kekok pula,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Safi Rania Gold Beetox baru-baru ini.

Rita akui tertekan sekiranya digandingkan dengan pelakon jauh lebih muda daripadanya.

Malah, pemilihan pelakon lelaki penting bagi Rita supaya tidak menjadi bahan ejekan penonton kelak.

“Sebab itulah, kadang-kala saya sendiri yang akan memberikan cadangan pelakon lelaki yang sesuai untuk saya agar dipertimbangkan.

“Saya tidak mahu perkara ini dipandang sambil lewa sebab nanti penonton akan mengkritik dan menjadi bahan ejekan atau ketawa, mungkin tidak logik watak ibu serta anak dilihat sebaya misalnya.

“Kalau seseorang pelakon lelaki itu kurang sesuai dengan saya, tawaran itu terpaksalah saya tolak dengan baik,” kata Rita.

Dalam perkembangan lain, Rita akan muncul bergandingan dengan Fasha Sandha dalam sebuah drama rantaian televisyen dengan melakonkan watak antagonis.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @ritrud727, Pepatung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here