Rizab antarabangsa Bank Negara kini berjumlah AS$100.8 bilion

0
38

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$100.8 bilion (RM432.8 bilion) pada 15 Sept, 2017, berbanding AS$100.5 bilion (RM431.7 bilion) yang dicatatkan pada 30 Ogos, 2017.

“Paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan adalah 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek,” kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa itu ialah rizab mata wang asing (AS$94.3 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset-aset rizab lain (AS$3.0 bilion).

Aset-aset ini termasuklah emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain, termasuk Hak Pengeluaran Khas (RM432.849 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM4.245 bilion), deposit dalam institusi kewangan (RM10.544 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.838 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset-aset lain (RM7.375 bilion).

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here