Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$110 bilion pada 13 April

0
200
Advertisement

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$110 bilion pada 13 April, 2018 berbanding US$107.8 bilion pada 30 Mac, 2018.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkenaan menyatakan, kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing (US$103.2 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.6 bilion) dan aset rizab lain(US$3.2 billion).

Menurut BNM, aset berkenaan termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM425.00 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM3.99 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.06 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.38 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), dan aset lain (RM8.26 bilion). — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here