Rizab Bank Negara Malaysia susut

0
481
Advertisement

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia menurun kepada AS$107.9 bilion atau RM433 bilion setakat 14 Jun 2018 berbanding AS$108.5 bilion setakat 31 Mei 2018.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata jumlah itu memadai untuk untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Ia merangkumi AS$101.4 bilion rizab matawang asing diikuti Kedudukan Rizab IMF, Hak Pengeluaran Khas (SDR), Emas dan Aset Rizab Lain.

Pada 31 Mei, rizab BNM memadai untuk menampung 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here