Rizab Bank Negara RM431 bilion – Bank Negara

0
323
Advertisement

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$108.5 bilion pada 31 Mei 2018, kata Bank Negara dalam satu kenyataan.

Ia bersamaan dengan RM431 bilion dan memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Rizab itu merangkumi Rizab Matawang Asing berjumlah AS$102.1 bilion, diikuti Rizab IMF, Hak Pengeluaran Has (SDR), Emas serta Rizab Aset Lain.

Bagaimanapun jumlah rizab itu sedikit rendah berbanding AS$109.5 bilion setakat akhir 30 April 2018 di mana ketika itu rizab memadai untuk membiayai 7.5 bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here