Rizab Malaysia tetap boleh diguna pada akhir bulan Mei 2018, kata BNM

0
364
Advertisement

KUALA LUMPUR: Rizab Malaysia tetap boleh guna pada akhir Mei 2018 dengan aset rizab rasmi berjumlah US$108.46 bilion, mengikut format Standard Penyebaran Data Khas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF SDDS).

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini berkata aset mata wang asing lain berjumlah US$907.4 juta.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman dalam mata wang asing yang disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan diunjurkan sebanyak US$248.3 juta.

“Jumlah kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak US$12.78 bilion pada akhir Mei 2018, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam sistem kewangan,” kata BNM.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, bank pusat berkata data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah US$2.58 bilion dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Menurut BNM, satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun berjumlah US$90.2 juta.

“Tidak ada pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” kata bank pusat itu.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here