RM1.53 juta seminggu untuk Kante

0
95
Advertisement



BINTANG tengah Perancis, N’Golo Kante yang dilabel ‘elemen penting’ dalam skuad juara Piala Dunia kendalian Didier Deschamps ditawarkan kontrak baharu selama lima tahun oleh Chelsea, lapor media British, semalam.

Pemain berusia 27 tahun dan memiliki tubuh kecil itu akan memperoleh £290,000 (RM1.53 juta) seminggu jika dia menandatangani perjanjian baharu itu, lapor The Times dan London Evening Standard.

Chelsea yang memecat pengurus Antonio Conte sekalipun kelab itu menjuarai Piala FA musim lalu selepas gagal menempah tiket ke Liga Juara-Juara berbuat demikian kerana mahu menghalang minat yang ditunjukkan juara Perancis, Paris Saint-Germain terhadap Kante.

Kontrak baharu itu menyaksikan Kante akan menggandakan jumlah yang diperolehnya ketika ini di Stamford Bridge iaitu £150,000 (RM796,000) seminggu yang akan berakhir pada 2021.

Kante menjadi tonggak kejayaan Chelsea menjuarai kempen liga pada musim 2016-17 di bawah kendalian Conte selepas dia meninggalkan juara sebelumnya, Leicester City dengan nilai £32 juta (RM169.8 juta).

Kedua-dua akhbar turut melaporkan Chelsea bersedia meningkatkan gaji perancang Belgium, Eden Hazard yang ketika ini dibayar £220,000 (RM1.16 juta) seminggu yang juga penerima gaji terbanyak di kelab itu setakat ini kepada £300,000 (RM1.59 juta) seminggu.

Ia dilihat sebagai usaha bagi menghalang pemain yang dinilai £200 juta (RM1.06 billion) itu berpindah ke Sepanyol untuk menyertai Real Madrid yang dikatakan berminat untuk membelinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here