RM500,000 ringan derita KAFA

0
234
Advertisement



KERAJAAN negeri sudah memberi pengurangan hutang levi Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dan cukai hiburan kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bernilai hampir RM500,000 pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan badan bukan kerajaan (NGO) Negeri, Wan Roslan Wan Hamat, berkata bantuan itu diberikan bagi meringankan beban KAFA yang dibelenggu masalah kewangan.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga yakin dengan perancangan dan strategi Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan bagi menyelesaikan kemelut badan induk itu selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, bulan lalu.

“Biasalah jika nak maju mesti berdepan masalah, tapi Presiden (Bibi) ada semangat cekal dan strategi untuk bertindak.

“Ada sesetengah pendapat kita perlu bermula daripada bawah untuk membina semula skuad The Red Warriors (TRW) kerana pasukan ini mempunyai aset yang hebat dan pasti akan maju ke hadapan,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan KAFA masih terhimpit dengan beban hutang lama yang boleh menyebabkan pasukan negeri itu turun ke Liga FAM jika tidak diselesaikan musim ini.

Bibi Ramjani berkata, persatuan itu mempunyai tiga kes pembayaran hutang yang dituntut Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membabitkan nilai jutaan ringgit.

Mengulas lanjut, Wan Roslan berkata, beliau akan melakukan kunjungan hormat terhadap Meteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam masa terdekat.

“Kita akan cuba mengusulkan masalah KAFA kepada kementerian supaya mereka memberi perhatian kursus termasuk membabitkan sukan lain di negeri ini,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here