RM530k seminggu untuk Mane

0
216
Advertisement



LONDON: Liverpool bersedia menawarkan Sadio Mane kontrak baharu bertaraf ‘mega’ sekali gus mengiktiraf kepentingannya dalam skuad kendalian Juergen Klopp.

Penyerang Senegal itu menjadi antara tonggak Reds sejak tiba dari Southampton dua musim lalu dan sekalipun masih memiliki kontrak selama tiga tahun, ia dijangka akan diperbaiki dengan gaji menghampiri £100,000 (RM530,000) seminggu.

Jumlah itu meletakkannya setaraf dengan Mohamed Salah dan Roberto Firmino sebagai pemain menerima habuan terbanyak di kelab berkenaan dengan ejennya, Sasha Empacher dikatakan sudah menemui Klopp dan pengarah sukan Michael Edwards.

Selepas berdepan situasi sukar selama 12 bulan bagi menghalang perpindahan Philippe Coutinho ke Barcelona, Mane yang nilainya meningkat secara mendadak dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid bulan lalu tetapi Klopp menyatakan suasana itu sudah berubah.

“Inilah yang saya katakan apabila saya bercakap mengenai suasana dalam kelab dan ia bukan saja di tempat duduk penonton,” kata Klopp.

“Kami Liverpool sebagai satu pasukan dan pemain mahu menjadi sebahagian daripadanya.

“Ia cukup menarik dan ia pencapaian terbesar buat kelab. Pemain ini, Bobby Firmino, Mo Salah dan Sadio Mane serta ramai lagi, boleh bermain dengan mana-mana kelab di dunia. Itulah realitinya dan ia petanda baik buat kelab.

“Situasi sudah diperbaiki dan pemain ini tidak lagi menggunakan kami dan kemudian pergi. Ia bagus tapi kami perlu membuktikannya.”

Coutinho menyertai Barcelona dengan harga £146 juta (RM777 juta) Januari lalu dan Liverpool cuba mendapatkan pemain Lyon, Nabil Fekir sebagai penggantinya bulan lalu tetapi gagal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here