RM7 satu kepala

0
33



Kuala Lumpur: RM7. Itu kadar zakat fitrah yang ditetapkan di sebahagian besar negeri.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, zakat fitrah wajib dibayar oleh setiap orang Islam pada kadar segantang gandum, barli mahupun beras berdasarkan makanan asasi setempat.

“Namun secara praktikal sekarang ia diqiaskan kepada nilai mata wang tempatan sekitar RM7 untuk satu kepala.

“Hukum membayar zakat fitrah adalah harus pada awal Ramadan namun wajib apabila sudah memasuki bulan Syawal. Kandungan yang belum dilahirkan sepanjang bulan Ramadan tidak diwajibkan zakat fitrah ke atasnya,” katanya menerusi temubual khas dengan televisyen Pusat Pungutan Zakat yang disiarkan di YouTube.

Dr Zulkifli berkata, jika seseorang Muslim meninggal dunia dalam bulan Ramadan sebelum kedatangan Syawal, dia tidak berkewajipan untuk membayar zakat fitrah.

“Umat Islam disyorkan membuat pembayaran zakat fitrah pada awal Ramadan untuk mengelakkan terlupa kerana kekangan masa dan kesibukan dalam persiapan menyambut Aidilfitri,” katanya.

Pembayaran zakat fitrah boleh dibuat menerusi amil bertauliah yang dilantik pihak berkuasa agama Islam negeri di beberapa lokasi tumpuan seperti masjid, surau, pasar raya dan pusat beli-belah.

Orang ramai juga diberi kemudahan membayar zakat fitrah kepada amil melalui kaedah kaunter pandu lalu dan dalam talian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here