Robbie Williams teruja

0
13
Advertisement



BINTANG pop British Robbie Williams akan membuat persembahan pada upacara pembukaan Piala Dunia 2018 di Moscow, Khamis ini, kata Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan jurucakap penyanyi berkenaan.

Penyanyi yang memenangi pelbagai anugerah dan terkenal dengan lagunya, “Angels”, akan bernyanyi bersama artis soprano Russia, Aida Garifullina sebelum perlawanan membabitkan Russia dan Arab Saudi di Stadium Luzhniki, Moscow.

Artis berusia 44 tahun itu dalam satu kenyataan, hari ini berkata membuat persembahan di Piala Dunia sebagai “mimpinya sejak kanak-kanak” dan ia pasti akan menjadi “persembahan yang tidak boleh dilupakan.”

Lagu Williams seperti “Party Like a Russian” dua tahun lalu mencetus kontroversi di Russia kerana menggalakkan stereotaip mengenai negara berkenaan.

Liriknya turut menyentuh pemimpin yang “mengambil wang dari seluruh negara, membuat perubahan yang sedikit dan membina stesen angkasa sendiri.”

Begitupun, Williams memberitahu peminatnya di laman Twitter ketika lagu berkenaan dilancarkan ia “semestinya tiada kaitan dengan (Presiden Russia Vladimir) Putin.”

Tahun lalu, dia secara berjenaka membuat tawaran untuk mewakili Russia pada pertandingan ‘Eurovision Song Contest’ dalam satu temuramah bersama stesyen televisyen dikawal kerajaan, Channel One.

Williams memberitahu Andrei Malakhov, yang juga penyampai rancangan bual bicara “Pust Govoryat” atau “Let Them Talk”: “Saya mahu mewakili Russia di Eurovision. Ayuh Russia, kita boleh menang.”

Bekas penyerang Brazil, Ronaldo yang dikenali sebagai “O Fenomeno” juga akan mengambil bahagian daripada upacara berkenaan, kata FIFA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here