Robert Nason dilantik CEO sementara Maxis berkuat kuasa 1 April 2018

0
62
Advertisement

KUALA LUMPUR: Maxis hari ini mengumumkan Robert Nason sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara berkuat kuasa 1 April 2018.

Pengumuman ini dibuat setelah Lembaga Pengarah Maxis bersetuju untuk melantik Robert sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif sementara (CEO) berkuat kuasa 1 April 2018.

Beliau akan memegang jawatan itu sehingga Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu dilantik.
 
Robert telah dilantik ke Lembaga Pengarah Maxis pada 2016 sebagai Pengarah Bebas. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Transformasi Perniagaan dan Teknologi Maklumat.

Dengan pelantikan ini, Robert akan melepaskan peranannya sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Audit dan meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Perniagaan dan Teknologi Maklumat tetapi akan terus menjadi ahli Lembaga. Perubahan ini berkuat kuasa hari ini, 2 Mac 2018.

MORTEN LUNDAL DILEPASKAN

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis sekarang Morten Lundal dilaporkan tidak meneruskan kontrak beliau apabila tamat pada 31 Mac 2018. Morten mula menerajui Maxis pada 1 Oktober 2013.

Sepanjang perkhidmatan beliau, syarikat telekomunikasi gergasi itu telah memperbaiki status kewangan mereka, dan juga telah menunjukkan prestasi kewangan yang memberangsangkan untuk tahun 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here