Rom mula kuat kuasa denda jika bermain air di kolam pancuran ikonik

0
129
Advertisement



ROM: Pihak berkuasa Rom tidak lagi membenarkan para pelancong bermain air sewenang-wenangnya di lokasi air pancuran popular di kota tersebut, malah akan mengenakan denda bagi sebarang perbuatan seumpamanya di mana-mana lokasi yang dilindungi.

Menjadi salah satu daripada bandar raya yang paling dikunjungi di Itali, Rom selama ini berdepan masalah untuk menjaga kebersihan di lokasi bersejarah seperti Colosseum, termasuk perbuatan pelancong yang di luar kawalan di banyak lokasi air pancuran di kota bersejarah itu.

Media di negara itu semakin kerap melaporkan tentang aksi melampau pelancong, seperti memasuki kolam pancuran, berada dalam batas tanaman bunga serta melakukan kerosakan di monumen ikonik.

Datuk Bandar Virginia Raggi berkata, sesiapa yang ditangkap berkelah atau berkumpul di pancuran air, meletakkan kaki ke dalam air atau berenang, akan didenda sehingga 240 euro (RM1,150).

“Kami perlu melindungi bandar raya kami. Berkelakuan tertib adalah sangat penting.

“Polis Rom telah ditugaskan untuk memantau ketat kawasan-kawasan tersebut,” ujar Raggi. 

Penguatkuasaan denda tersebut, yang bermula serendah 40 euro (RM190), sah sepanjang musim panas sehingga 31 Oktober nanti.

Selain air pancuran Trevi, antara monument lain yang disenaraikan sebagai lokasi yang dilindungi adalah air pancuran Barcaccia yang berusia 500 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here