Rombakan kabinet Jepun dan barisan kepemimpinan LDP, 3 Ogos

0
44

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dijadual mengadakan rombakan Kabinet dan barisan kepemimpinan Parti Liberal Demokratik (LDP) pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua hari ini.

Rombakan kabinet itu pada ketika sokongan rakyat terhadap barisan kabinet Abe mencapai paras terendah susulan beberapa skandal berprofil tinggi

“Rombakan bertujuan membentuk barisan kepemimpinan baharu yang lebih berkaliber serta untuk mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya pada mesyuarat eksekutif LDP.

Abe sendiri turut terpalit dalam skandal menggunakan pengaruhnya untuk membantu rakan menerima projek pilihan kerajaan.

Menurut sumber, Menteri Luar Fumio Kishida bakal dilantik menjadi pemimpin LDP sementara Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Taro Aso kekal.

Turut dikhabarkan kekal dalam senarai kabinet ialah Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Hiroshige Seko.

Susulan perletakan jawatan Tomomi Inada sebagai Menteri Pertahanan minggu lepas, Abe dipercayai mahu jawatan itu digantikan oleh seseorang yang lebih berpengalaman iaitu Itsunori Onodera.

Menurut sumber itu lagi, Menteri Keadilan Katsutoshi Kaneda bakal digugurkan bersama dengan Menteri Pelajaran Hirokazu Matsuno dan Menteri Pembangunan Semula Wilayah Kozo Yamamoto kerana dikatakan kurang menonjol dan terbabit dalam beberapa skandal.

Sementara, laporan media tempatan pula menyebut Setiausaha Agung LDP Toshihiro Nikai dan Naib Presiden Masahiko Komura mungkin berjaya mengekalkan jawatannya sebagaimana yang dimahukan Abe.

Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga berkata pada satu taklimat media, Abe merancang “melaksanakan pelbagai dasar lebih agresif bersama dengan barisan kabinet baharu”.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here