Rombakan kukuhkan kedudukan keluarga Raja Salman

0
47


RAJA Salman bersama Mohammad Bin Salman.

RIYADH: Rombakan kerajaan dan keselamatan di Arab Saudi, baru-baru ini, bertujuan mengukuhkan cengkaman kuasa anak lelaki Raja Salman.

Penganalisis dan diplomat berkata, langkah itu juga meningkatkan hubungan dengan Washington.

Perintah diraja hujung minggu lalu menyaksikan sebilangan sekutu Timbalan Putera Mahkota, Mohammad Salman, dipindahkan ke jawatan utama dan seorang lagi anak lelaki beliau dinamakan sebagai duta ke Amerika Syarikat.

Seorang diplomat asing berkata, tindakan itu mengukuhkan kedudukan Mohammad dan ‘keturunan Salman’ dalam kalangan keluarga Al Saud, yang memerintah Arab Saudi sejak ia diasaskan.

Mohammad, 31, menjadi semakin penting sejak dinamakan sebagai timbalan putera mahkota dua tahun lalu, beberapa bulan selepas bapanya menaiki takhta berikutan kemangkatan Raja Abdullah.

Anak saudara Raja Salman, Mohammad Nayef, 57, dinamakan Putera Mahkota pada masa sama dan kini menjadi pewaris takhta.

Laporan persaingan antara kedua-duanya semakin menular sejak itu, dengan Mohammad dilihat semakin berpengaruh.

Beliau berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan, mengetuai badan penyelaras dasar ekonomi utama Arab Saudi dan pengerusi majlis yang memantau syarikat minyak gergasi negara itu, Aramco.

Perintah kuasa itu juga menyaksikan penubuhan Pusat Keselamatan Kebangsaan baharu, yang ada kaitan dengan mahkamah diraja.

Butiran bagaimana ia akan beroperasi belum ada tetapi diplomat luar berkata, ia mencerminkan ‘persaingan’ merebut takhta antara Mohammad Salman dan Mohammad Nayef, untuk jawatan Menteri Dalam Negeri serta mengetuai Majlis Politik dan Keselamatan yang sedia wujud. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here