Ronaldo bercuti bersama anak

0
10



Lisbon: Dia mengesahkan kelahiran anak kembarnya menerusi ibu tumpang hujung bulan lalu.

Dan kelmarin, Cristiano Ronaldo memperkenalkan kedua-dua bayi itu kepada abang mereka, Cristiano Ronaldo Jr apabila mereka berkumpul untuk bercuti bersama buat kali pertama.

Bintang bola sepak berusia 32 tahun itu memuat naik gambar di laman Instagramnya yang menunjukkan dia dan anak sulungnya yang berumur tujuh tahun itu menggendong bayi kembar berkenaan untuk dikongsi bersama 105 juta pengikutnya.

Ronaldo jelas kelihatan amat gembira dengan kehadiran pasangan kembar itu apabila dia menulis kapsyen pada gambar itu dengan kata-kata bermaksud ‘Dirahmati.’

Gambar keluarga itu mendapat lebih sejuta ‘likes’ dalam masa sejam.

Ronaldo dikatakan hanya dapat menemui anak kembarnya buat pertama kali Khamis lalu kerana terlalu sibuk bersama pasukan Portugal dalam kejohanan Piala Konfederasi.

Pasukannya itu gagal ke peringkat akhir apabila tumpas menerusi tendangan penalti dalam perlawanan menentang Chile.

Menulis dalam laman Facebooknya, Ronaldo berkata: “Malang kami gagal mencapai kejayaan yang kami inginkan di Russia. Tetapi saya pasti kita akan berusaha menggembirakan rakyat Portugal. Saya amat gembira akhirnya dapat bersama anak-anak saya buat kali pertama.” – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here