Ronaldo 'mengamuk' gaji Messi lebih tinggi

0
17

CHRISTIANO Ronaldo dilaporkan menunjukkan reaksi ‘marah’ dengan perjanjian baharu Lionel Messi di Barcelona.

Messi bersetuju menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun bersama pasukan Barcelona sehingga 2021.

Keputusan pemain Argentina itu menamatkan spekulasi bahawa beliau akan meninggalkan kelab tersebut dengan perpindahan bebas pada musim panas akan datang.

Namun demikian, bukan semua yang gembira dengan khabar itu.

Menurut laporan di Sepanyol, Ronaldo naik berang apabila mengetahui bahawa Messi kini mendapat gaji sebanyak  €640,000 (RM3.14 juta) atau €100 juta (RM490 juta) sepanjang kontrak beliau.

Kontrak baharu ini menjadikan Messi pemain yang dibayar dengan gaji tertinggi di dunia.

Bintang Real Madrid itu pula dipercayai dibayar gaji €400,000 (1.96 juta) seminggu dan dijangka tidak menerima sebarang tawaran mengenai kenaikan gaji.

Pemain Portugal itu juga mempunyai kontrak dengan La Liga sehingga 2021.

BACA: Cristiano Ronaldo pertahan pemain terbaik dunia FIFA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here