Ronaldo tak sabar dah

0
462
Advertisement



KRATOVO, Russia: Cristiano Ronaldo dan Portugal memulakan latihan pertama mereka untuk kempen Piala Dunia di pangkalan pasukan di Kratovo, Russia, hari ini, lima hari menjelang aksi pembukaan menentang Sepanyol.

Semua 23 pemain dalam skuad bimbingan Fernando Santos mengambil bahagian dalam sesi latihan terbuka selama 90 minit yang diadakan dalam keadaan hujan renyai dan suhu di atas 10 darjah Celcius.

Juara Eropah memulakan latihan dengan melakukan beberapa sesi pemanas badan sebelum mereka berlatih menajamkan sentuhan penyudah dengan pemain sayap Valencia, Goncalo Guedes yang dipinjamkan ke Paris Saint Germain dilihat tajam di depan pintu gol.

Pasukan itu kemudiannya dibahagikan kepada dua pasukan dengan mereka bermain separuh padang.

Terdahulu, Ronaldo yang juga bintang sensasi Real Madrid disambut kira-kira 100 peminat yang hadir bagi menyaksikan sesi latihan itu termasuk pihak media.

Portugal yang menyambut hari kemerdekaan negara itu hari ini akan memulakan aksi kumpulan menentang juara dunia 2010, Sepanyol di Sochi pada 15 Jun sebelum berdepan Maghribi pada 20 Jun dan Iran lima hari kemudian.

Anak buah Santos bermain untuk kempen Piala Dunia kelima berturut-turut – kali ketujuh keseluruhannya dan berharap dapat memperbaiki pencapaian 2014 yang mana mereka tersingkir di peringkat kumpulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here