Ronaldo tenang

0
129
Advertisement



PEMAIN tengah Portugal, Manuel Fernandes menyatakan Cristiano Ronaldo “kelihatan tidak bimbang langsung mengenai masa depannya” ketika bintang Real Madrid itu memikirkan kemungkinan meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu pada musim panas ini.

Spekulasi mengenai masa depan pemain berusia 33 tahun itu memuncak dan dia dikatakan sudah bermain aksi terakhirnya buat Real susulan kemenangan 3-1 ke atas Liverpool pada final Liga Juara-Juara bulan lalu.

Bercakap hari ini di kem latihan Portugal bagi Piala Dunia di pinggir Moscow, Fernandes berkata: “Tiada yang negatif untuk diperkatakan mengenai Cristiano, dia fokus sepenuhnya dan kelihatan tidak bimbang langsung mengenai masa depannya.”

Susulan kejayaan ketiga berturut-turut Real di Kiev, Ronaldo berkata: “Amat menarik untuk berada di Real Madrid.”

Sehari kemudian dia tampil dengan kata-kata yang lebih menenangkan, memberitahu penyokong Real yang berkumpul di Plaza de Cibeles di Madrid “jumpa anda tahun depan,” namun akhbar Portugis, Record menghangatkan semula suasana Khamis lalu dengan mendakwa Ronaldo pasti meninggalkan kelab itu.

Ia bukan kali pertama dia hampir mengetuk pintu keluar di Real, seringkali dengan alasan sama – pertikaian mengenai rundingan kontrak, hubungan dingin dengan presiden kelab Florentino Perez dan kurangnya sokongan terhadap tuntutan lembaga cukai Sepanyol.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here